Ketakutan penduduk berakhir, suara merintih di hutan rupanya anak orang utan

3 hours ago 2
Anak orang utan itu diserahkan kepada pihak berkuasa selepas ditemui di dalam hutan. - Radar Sampit
  • Oleh KOSMO
  • 17 September 2025, 9:00 pm

JAKARTA – Tangisan misteri dalam hutan yang membuatkan penduduk Kotawaringin Timur, wilayah Kalimantan Selatan ketakutan akhirnya terbongkar apabila bunyi itu sebenarnya  berasal daripada seekor  anak orang utan, lapor portal berita Radar Sampit. 

Penemuan itu dibuat oleh dua penduduk tempatan sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan) berhampiran Desa Ramban, Khamis lalu. 

Ketua Pusat Pemuliharaan Sumber Asli (BKSDA) Sampit Resort, Muriansyah berkata, Muhammad dan rakannya sedang membina pondok di dalam hutan sebelum terdengar bunyi tangisan misteri. 

“Mereka menyangka tangisan itu berasal daripada kanak-kanak. Selepas menyiasat, sumber bunyi itu berasal daripada seekor anak orang utan di dalam lubang kecil. 

“Kerana kasihan, haiwan itu dibawa ke rumah,” kata Muriansyah. 

Anak orang utan itu dipercayai berusia empat tahun, manakala badannya terlalu kurus. 

Ia kemudian diserahkan kepada BKSDA Sampit Resort pada Ahad lalu. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |