Zara Qairina tidak pernah mengadu apa-apa di asrama

2 hours ago 1
Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu - Gambar hiasan
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 17 September 2025, 2:27 pm

KOTA KINABALU – Ketua warden asrama sekolah, Azhari Abd Sagap memaklumkan Mahkamah Koroner bahawa dirinya tidak pernah menerima aduan daripada Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Azhari mengajar Bahasa Arab dan Kelas Khas Kemahiran Al-Quran sejak Jun 2020, selain dilantik sebagai ketua warden asrama pada Februari 2025 yang bertugas di bangunan asrama di mana Zara Qairina ditempatkan.

Dalam pada itu Azhari memaklumkan Zara Qairina tidak pernah membuat aduan kepada beliau mengenai masalah di asrama sepanjang tempoh bertugas sebagai ketua warden.

“Sebagai guru Bahasa Arab bagi pelajar tingkatan satu dan juga ketua warden asrama, saya tidak pernah menerima sebarang aduan daripada Zara mengenai sebarang masalah dihadapinya di asrama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |