Lelaki dituduh noda kanak-kanak, didakwa pula perkosa pelajar kolej

2 hours ago 2

BATU PAHAT – Seorang pelajar sebuah kolej kemahiran yang berhadapan empat pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun, bulan lalu dihadap ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol pelajar kolej perempuan, Julai lalu.

Tertuduh, Muhammad Nur Hakim Mohd Laili, 20, yang sedang menjalani latihan industri mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol pelajar kolej berusia 20 tahun dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diparkir di tepi jalan Parit Raja, di sini, antara pukul 11 malam hingga 1 pagi, 27 Julai lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perhubungan seks dengan mangsa sama yang mana semua kejadian dan masa juga berlaku di lokasi sama.

Untuk kesalahan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 377CA kanun sama dengan penjara juga sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala peguam, Mohd Razak Sharif menyebut bagi pihak tertuduh.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM40,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan mahkamah membenarkan jamin RM10,000 terhadap tertuduh.

Mahkamah juga mengenakan syarat tambahan yang mana tertuduh dikehendaki melapor diri di balai polis berdekatan setiap awal bulan, tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan termasuk mangsa serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kes disebut semula 16 Oktober ini untuk serahan dokumen.

Pada 18 Ogos lalu, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar atas empat pertuduhan merogol dan amang seksual terhadap mangsa lain berusia 12 tahun.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan dibenarkan ikat jamin RM20,000 keseluruhan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |