‘Kaya tapi hati bangkai’ – Rebecca selar Shahida

4 hours ago 2

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja selebriti, Datin Rebecca Nur Al-Islam dan Datin Seri Shahida dikatakan bertegang urat dalam media sosial.

Menerusi hantaran Instagram, Rebecca berkongsi celoteh Shahida yang dikatakan tidak berpuas hati dengannya kerana sering berkongsi tentang kakak ipar baharunya iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang merupakan ibu mentua Shahida.

Dalam sesi siaran langsung yang dilakukan, isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri itu mendakwa Rebecca berlebih-lebihan berkongsi tentang ibu mentuanya dalam media sosial.

“Mencari publisiti murahan. Sibuk nak ‘mencapap’ (mengendeng). Yang tiada kena mengena pula sibuk nak buat hantaran dalam media sosial tentang adik ipar , kakak ipar.

“Anak sendiri pun tak buat duduk diam-diam. Kalau sekali buat hantaran okey lah. Tapi kalau sudah tiga empat kali lebih-lebih pula kau. Saya memang cakap terus sahaja. Saya bukan kaki drama,” kata Shahida.

Terpukul dengan kenyataan Shahida, Rebecca tampil membuat penjelasan menerusi sebuah video demi membersihkan namanya.

“Saya dah terkenal sejak dari umur 17 tahun lagi. Saya dikenali atas nama saya sendiri. Bukan disebabkan suami atau ibu mentua saya.

“Saya rasa mak cik ( Shahida) yang cuba cari publisiti murahan. Sebab mak cik yang selalu buat konten murahan.

“Dia cakap saya tiada kena mengena? Adakah mak cik ini bodoh? Mak cik bercakap tidak menggunakan akal. Saya dan abang saya sangat rapat kerana dia menjaga saya dari kecil. Bila dia kahwin sudah tentu saya gembira. Saya tidak pernah kongsi gambar tanpa minta izin,” bidasnya.

Tambah pelakon Gerak Khas itu lagi, Shahida merupakan seorang yang bermulut jahat kerana suka mengutuk.

“Nampak sangat mak cik suka mengutuk orang. Sebab dia siap tanya pengikut media sosial tahu tak siapa yang dia tengah kutuk. Maknanya mak cik menang kaki mengutuk.

“Mak cik buka sahaja tudung dan stoking mak cik. Sebab mulut mak cik jahat dan boleh menyebabkan netizen dalam malaysia bergaduh sesama mereka.

“Rabecca juga menasihati Shahida supaya membuat sujud syukur kerana berkahwin dengan lelaki kaya dan dikurniakan anak-anak yang comel serta mentua yang baik.

“Kau kena ingat kalau kau tak kahwin dengan orang kaya, sekarang ni mungkin kau duduk tepi jalan. Zaman-zaman kau bernasyid dulu kau pun biasa-biasa sahaja. Rezeki kau dapat kahwin orang kaya,” ujarnya.

Terdahulu pada Mac lalu, Rebecca mengesahkan abang sulungnya twlah berkahwin dengan Rozita Ibrahim. Walaubagaimanapun, dia enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka. KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |