[VIDEO] Lembu korban lepas ‘hajat’ sebelum kena sembelih

16 hours ago 8

PETALING JAYA – Seekor lembu mencuri perhatian apabila ‘terlepas hajat’ di kawasan tempat solat wanita sejurus selesai solat sunat Aidiladha dalam kejadian dipercayai berlaku di Indonesia.

Menerusi satu hantaran video di TikTok oleh pengguna @Kudabalap memaparkan haiwan berkenaan diikat bersebelahan tempat solat wanita sebelum membuang najis.

Difahamkan, lembu tersebut adalah haiwan korban yang menunggu giliran untuk disembelih sebelum ‘meninggalkan hadiah’ tidak dijangka kepada jemaah wanita.

Video sama turut memaparkan beberapa jemaah wanita terpaksa menutup hidung kerana tidak tahan bau yang kurang menyenangkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan situasi yang berlaku dan meninggalkan pelbagai reaksi lucu.

“Mungkin lembu tu nak cakap, ‘maaf terlepas, anggap je lah sebagai kenangan’,” seloroh @Utiii_imupp.

“Izin ya puan, dah tak tahan sangat ni,” kata @Gwgenz.

“Mungkin lembu tu tengah berdiet supaya tak kena sembelih, tapi akhirnya kena juga,” komen @Yogawp07. – KOSMO! ONLINE

@tattookecilbarista idul adha core #iduladha #sapi #qurban #fyp ♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon
Read Entire Article
Pertanian | | | |