[VIDEO] ‘Ini kata orang, kerja kena bijak’

3 hours ago 1

PETALING JAYA – Idea kreatif sekumpulan lelaki membersihkan perut lembu menggunakan mesin basuh pakaian menerima pujian.

Menerusi hantaran yang dimuat naik pengguna TikTok @Shafiqalsaupi, kumpulan lelaki tersebut mengambil inisiatif menggunakan kaedah tersebut bagi memudahkan proses membersihkan perut lembu korban.

“Paling senang guna mesin basuh dan tak perlu pening kepala,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, mesin basuh itu digunakan khusus untuk mencuci perut lembu memandangkan mereka perlu menguruskan haiwan korban dalam jumlah yang banyak.

Peralatan elektrik itu juga merupakan mesin basuh terpakai yang hanya digunakan setahun sekali sewaktu perayaan Aidiladha.

“Hari ini kita guna mesin ini untuk menguruskan perut lembu bagi lapan ekor lembu, esok pula 10 ekor,” katanya.

Rata-rata orang ramai kagum dengan idea pemilik akaun tersebut kerana kaedah itu dilihat mampu menjimatkan masa.

“Adik ipar saya sampai biru tangan cuci perut menggunakan kapur, dia senang sahaja pakai mesin basuh baju,” komen Miimeelanie.

“Buat (cara) macam ini sememangnya lagi senang daripada cuci guna tangan gonyoh sampai setengah jam, baik guna mesin dan letak kapur sedikit, sudah siap,” kata Zianaapril.

Selain itu ada netizen yang berkongsi pengalaman serta tip mencuci perut lembu korban.

“Cara suami basuh perut lembu rendam dengan kapur makan selama 30 minit atau satu jam. Selepas itu, kikis (jadi) putih perut lembu itu,” kongsi Bibu Haura.

“Di kampung saya mereka basuh (perut) guna mesin pembancuh simen,” kata Tewkesbury. – KOSMO! ONLINE

@shafiqalsaupi paling senang 😆 xyah pening2 dah .. @shazwansaupi(AN) terbaik 🫡 #fyp#mesinbasuh#rayahaji#lembu ♬ original sound – Shafiqal Saupi
Read Entire Article
Pertanian | | | |