[VIDEO] ‘Cuba kereta mewah kena…’

15 hours ago 6

PETALING JAYA – Malang menimpa seorang wanita apabila kereta jenis Perodua Alza miliknya dicalarkan oleh individu tidak bertanggungjawab di kawasan tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah.

Menerusi satu hantaran di TikTok @Aween_amirah, ketika kejadian berlaku, suaminya meminjam keretanya untuk menghadiri penggambaran di pusat beli-belah tersebut.

Menurut wanita itu, suaminya memasuki kawasan parkir seawal pukul 7.30 pagi sebelum pusat beli-belah itu dibuka dan berjaya mendapatkan tempat parkir yang strategik.

Namun, sebaik selesai menjalani penggambaran kira-kira pukul 10 malam, suaminya terkejut apabila mendapati kereta tersebut telah dicalar di beberapa bahagian sisi.

“Terkejut tengok keadaan kereta dah calar-balar. Kami buat laporan kepada polis bantuan di lokasi dan mereka janji akan ‘update’, jadi kami pun balik lah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambahnya, pengurus produksi suaminya kemudian menghubungi pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan untuk membuat susulan, namun jawapan yang diterima amat mengecewakan.

“Mereka cakap kereta diparkir di kawasan yang tidak kelihatan dalam rakaman telesyen litar tertutup (CCTV) kerana terlindung dengan tiang.

“Banyak pula masa nak masuk ‘mall’ (pusat beli-belah) kena periksa dulu CCTV nampak ke tak. Kalau kereta mewah yang kena, mesti lain cerita,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna turut meluahkan pengalaman hampir sama yang berlaku di lokasi berkenaan.

“Ya Allah… saya pernah kena macam ni. Sakitnya hati, hanya Allah yang tahu,” luah seorang pengguna.

“Saya pernah kena tayar bocor dekat sini sebab besi dekat bonggol tu terkopek. Serik nak parkir dekat sini,” ujar pengguna lain.

“Dulu kereta saya kena, kemudian beberapa bulan selepas itu, dua kereta kawan saya pula jadi mangsa. Bila buat laporan, jawapan sama, CCTV tak nampak,” kata Jubedah. – KOSMO! ONLINE

@aween_amirah Kronologi 5 Jun 2025, husband pakai kereta aku sebab kereta dia masuk workshop. So okaylah cuti sekolah aku xde nak hantar ambik anak. Nak dijadikan cerita 5hb dia shooting dalam mall ni lah. Masuk mall masa mall belom bukak, 7.30am so dia dapat la parking port boek punya. Okaylah masuk shooting kat dlm mall, keluar pukul 10malam, terkejut tengok keadaan kereta dah calar balar. Report dekat polis bantuan dalam mall, diorang cakap akan update so balik lah. Esoknya Production Manager pun follow up dengan mall/ polis bantuan Mytown tu. Sekali apa jawapan polis tu?? Hahahahah gelak jap. Korang tengoklah gambar last tu. Untuk abg polis tu, saya harap benda ni tak jadi kat awaklah. Banyak pulak masa kau masuk mall pastu nak check cctv dulu baru parking ek. Laka2 je abam. Nasib laa kami ni bukan siapa2. Kalau kereta Porche ke Ferarri ke yang kena, mau kucur tulurrr ekk.. renung2 kan dan selamat beramal dihari Arafah ni. Moga Allah angkat doa2 orang2 teraniaya dimuka bumi nya ini. Aaamiin Ya Rabbal Aalamin… #m#mytowncherasp#parkingvandalisme ♬ original sound – Aween_Amirah
Read Entire Article
Pertanian | | | |