SME Bank, BSN meterai usaha sama bantu usahawan akses kewangan lebih baik

9 hours ago 6

PETALING JAYA – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad
(SME Bank) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memeterai satu kerjasama strategik
melalui memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkasa usahawan tempatan selain melonjakkan pertumbuhan usahawan menerusi akses kewangan yang lebih baik, pembangunan kapasiti dan pemerkasaan digital.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim berkata, melalui kerjasama ini juga, pelanggan BSN boleh memanfaatkan kemudahan digital yang disediakan khas oleh SME Bank untuk membantu perkembangan usahawan PMKS.

Ia difokuskan kepada ScoreXcess iaitu portal permohonan pembiayaan perniagaan bagi pembiayaan
kecil dan mikro yang dikendalikan oleh pusat pembinaan kapasiti dan latihan iaitu Centre
for Entrepreneur Development and Research (CEDAR).

“Dengan menggabungkan kepakaran kedua-dua institusi, kerjasama ini menggambarkan usaha bersama antara dua DFI untuk mempercepatkan pertumbuhan keusahawanan dan menyediakan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan semasa usahawan.

“Kami akan terus menyokong PKS daripada sektor-sektor utama, termasuk pelanggan BSN
apabila mereka bersedia untuk berkembang, selaras dengan mandat kami untuk memperkasa
PMKS pada setiap peringkat perniagaan mereka.

“Sokongan kami merangkumi pembiayaan dan inisiatif melangkaui pembiayaan, termasuk segmen teknologi dan digital melalui SME Technology Transformation Fund (STTF) serta Pembiayaan Ekosistem Payung, iaitu penyelesaian pembiayaan yang direka khusus untuk membina daya tahan perniagaan dalam ekosistem menyeluruh,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, perjalanan transformasi digital SME Bank yang digerakkan melalui platform seperti
ScoreXcess, ELSA dan ODELA telah memberi manfaat kepada hampir 5,000 PKS dalam
sektor-sektor strategik dari tahun 2021 hingga 2024.

Platform ini bukan sahaja mempertingkatkan akses kepada pembiayaan, malah menyediakan penilaian berstruktur dan akses pasaran, sekali gus membentuk satu ekosistem digital yang menyeluruh bagi mempercepatkan pertumbuhan PKS. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |