PM beri sumbangan keluarga remaja dibedah perut

11 hours ago 5
  • Oleh KOSMO!
  • 7 Jun 2025, 12:46 pm
[11:49 am, 07/06/2025] Kak A'isyah Sukaimi Kosmo: PM beri sumbangan keluarga remaja dibedah perut Oleh KOSMO! PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada keluarga Nur Safiyya Mohd. Khairi, 14, yang kini sedang menjalani tempoh pemulihan selepas menjalani prosedur pembedahan besar di bahagian perut. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi di kediaman keluarga remaja tersebut di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang. Ahmad Farhan menerusi hantaran Facebook berkata, ziarah ke atas keluarga Nur Safiyya merupakan rutin bagi Ziarah Madani. "Keadaan kesihatannya yang belum stabil amat meruntun hati, lebih-lebih lagi buat ibu dan ayah yang saban hari berdoa agar anak mereka kembali sihat seperti biasa. "Saya hadir mewakili Perdana Menteri untuk menyampaikan salam, doa serta sedikit sumbangan sebagai tanda kasih dan keprihatinan kepada keluarga ini yang sedang diuji," katanya. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Tok Empat Indera Mahkota Jaya, Faizal Rizal, yang bertindak pantas menyalurkan maklumat mengenai keadaan Nur Safiyya. "Lantaran itu, saya dan pasukan Pusat Komuniti Madani Indera Mahkota segera mengadakan lawatan dan mendengar sendiri keluhan mereka. "Semoga adik Safiyya diberikan kesembuhan sepenuhnya dan keluarga ini terus kuat menempuh cabaran yang mendatang," katanya. - KOSMO! ONLINE [11:50 am, 07/06/2025] Kak A'isyah Sukaimi Kosmo: Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada keluarga Nur Safiyya Indera Mahkota 2, Kuantan, semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada keluarga Nur Safiyya Mohd. Khairi, 14, yang kini sedang menjalani tempoh pemulihan selepas menjalani prosedur pembedahan besar di bahagian perut.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi di kediaman keluarga remaja tersebut di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.

Ahmad Farhan menerusi hantaran Facebook berkata, ziarah ke atas keluarga Nur Safiyya merupakan rutin bagi Ziarah Madani.

“Keadaan kesihatannya yang belum stabil amat meruntun hati, lebih-lebih lagi buat ibu dan ayah yang saban hari berdoa agar anak mereka kembali sihat seperti biasa.

“Saya hadir mewakili Perdana Menteri untuk menyampaikan salam, doa serta sedikit sumbangan sebagai tanda kasih dan keprihatinan kepada keluarga ini yang sedang diuji,” katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Tok Empat Indera Mahkota Jaya, Faizal Rizal, yang bertindak pantas menyalurkan maklumat mengenai keadaan Nur Safiyya.

“Lantaran itu, saya dan pasukan Pusat Komuniti Madani Indera Mahkota segera mengadakan lawatan dan mendengar sendiri keluhan mereka.

“Semoga adik Safiyya diberikan kesembuhan sepenuhnya dan keluarga ini terus kuat menempuh cabaran yang mendatang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |