Pecah perut tengok podcast Ammar Ahyan, Pak Nil

2 weeks ago 14
ANAK Datuk Aliff Syukri, Ammar Ahyan semakin menjadi sorotan umum dek sikap naif dan kelakarnya setiap setiap kali muncul dalam apa sahaja konten media sosial ataupun program televisyen.
  • Oleh HIBGLAM
  • 4 Oktober 2025, 10:05 am

TAHUN ini memang milik Ammar Ahyan!

Selepas tular dengan pelbagai gelagat lucu, anak muda itu sekali lagi menjadi bualan netizen selepas muncul sebagai tetamu podcast Kita  Kita Aje! bersama Datuk Aznil Nawawi baru-baru ini.

Menerusi temu bual selama satu jam itu, Ammar berkongsi pelbagai perkara yang membuatkan penonton terhibur.

Salah satu yang mencuri perhatian ramai ialah Ammar berkongsi dia pernah menyimpan perasaan terhadap seorang wanita secara diam-diam.

“Saya pernah simpan rasa cinta itu terhadap seorang perempuan dan dia tidak tahu.

“Tetapi selepas saya pulang dari London dengan nenek, tiada lagi perasaan itu.

“Sebab saya terlalu seronok menghabiskan masa dengan keluarga. Ayah pun suruh pilih wanita sekufu,” katanya.

Paling lucu, dia turut memanggil Aznil dengan gelaran ‘Encik Pak Nil’.

Read Entire Article
Pertanian | | | |