Hujan lebat landa Sabah dan Sarawak hingga 7 malam ini

2 hours ago 2
Gambar hiasan.
  • Oleh HALISYA ISMA ZULKURNAIN
  • 15 Disember 2025, 4:00 pm

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat yang dijangka melanda Sarawak dan Sabah sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan terlibat ialah Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Miri (Subis dan Telang Usan) di Sarawak.

Di Sabah, amaran melibatkan kawasan Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat serta Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

Read Entire Article
Pertanian | | | |