Ismail Sabri lulus PhD Sains Politik UUM

1 hour ago 1
Ismail Sabri (empat dari kanan) bergambar di samping mereka yang terlibat pada sesi viva di UUM, Sintok hari ini.
  • Oleh JAMLIAH ABDULLAH
  • 15 Disember 2025, 4:39 pm

SINTOK – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal bergelar Doktor Falsafah (PhD) setelah lulus sesi viva dalam bidang Sains Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini dengan pindaan kecil.

Beliau hadir pada sesi itu pagi ini disambut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang kini menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed.

Ismail Sabri menghasilkan tesis berdasarkan pengalamannya sebagai Perdana Menteri ketika berhadapan pandemik yang melanda negara bertajuk Pengurusan Krisis dan Polisi Keselamatan Kesihatan Tahun 2020–2022: Strategi Malaysia Menghadapi Pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, kelulusan penuh masih tertakluk kepada keputusan Senat Universiti.

Sebelum ini, Ismail mendaftar sebagai pelajar pengajian PhD di universiti berkenaan pada 9 November 2023 sebelum berjaya melepasi sesi Proposal Defence pada 13 Ogos tahun lepas. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |