KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran melibatkan 17 pegawai kanan berkuat kuasa pada 7 Julai ini.
Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata, pertukaran itu melibatkan beberapa jawatan penting di peringkat Bukit Aman dan kontinjen negeri.
Katanya, antara yang terlibat ialah Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Yusni Mohd Jamil yang dikekalkan di jawatan sama namun memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).
Jelasnya, turut dinaikkan pangkat DCP ialah Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Wildlife Crime Bureau) Bukit Aman, SAC Mohammad Azlin Sadari yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak.
“Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner (ACP) Wan Mohd Zahari Wan Busu akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Perak dengan memangku pangkat SAC.
“Turut terlibat ialah ACP Nasri Jamaluddin yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi, Pulau Pinang. Beliau kini dilantik sebagai Penolong Pengarah E6B Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, Superintendan Mohamad Rusli Mat yang kini dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan dengan memangku jawatan ACP.
Selain itu, Superintendan Noor Azman Amardin, Superintendan Mohd Azizul Rosun Khan, Superintendan Wan Zulfadli Wan Mustafa, dan Superintendan Mohd Razali Abdullah masing-masing dinaikkan memangku pangkat ACP dalam jawatan baharu yang melibatkan pelbagai jabatan strategik.
Turut menerima kenaikan pangkat ialah Superintendan Ernawati Abdul Wahab, Superintendan Shahrulnizam Ahmad, Superintendan Md Kamarul Rafiz Kamaruddin, Superintendan Gabriel Anak Risut, Superintendan Sugemin Zainol, Superintendan Ng Kai Seng serta Superintendan Sabarudin Rahmat. – KOSMO! ONLINE