Masalah ‘nose landing gear’ punca pesawat TUDM terkandas

2 months ago 54
  • Oleh CHERINE JON
  • 23 Jun 2025, 6:22 pm
Sebuah pesawat TUDM terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak pagi tadi.

KUCHING – Masalah ‘nose landing gear’ dikenal pasti menjadi punca insiden membabitkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pagi tadi.

Mengesahkan kejadian yang tular di media sosial itu, Bahagian Perhubungan Awam TUDM menerusi satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.15 pagi melibatkan pesawat CN235-220M.

“Pesawat dari No. 1 Skuadron Pangkalan Udara Kuching mengalami masalah ‘nose landing gear’ semasa melakukan pendaratan ketika selesai melaksanakan tugasan penerbangan logistik dari Labuan dan Kota Kinabalu,” katanya.

Ujarnya, kesemua anak kapal serta penumpang selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. TUDM akan menubuhkan satu lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Read Entire Article
Pertanian | | | |