KitchenAid lancar barisan peralatan dapur tanpa wayar

1 day ago 8

PETALING JAYA – KitchenAid, jenama ikonik yang dipercayai sejak 1919, menetapkan standard baharu dalam dunia kulinari dengan melancarkan sistem Go Cordless yang merupakan barisan peralatan dapur tanpa wayar yang direka untuk memenuhi gaya hidup masa kini.

Direka dengan penuh kualiti dan gaya serta mudah dikendalikan, barisan peralatan dapur tanpa wayar ini akan memberikan pengalaman memasak yang menakjubkan.

Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Visionary Solutions Sdn. Bhd., Lim Pei Yan berkata, ekosistem tanpa wayar yang direka semakin berkembang dari tahun ke tahun.

Menurutnya, sebagai pengedar eksklusif KitchenAid di Malaysia mereka komited untuk meningkatkan keyakinan pengguna serta memaksimumkan manfaat penggunaan peralatan dapur tanpa wayar ini.

Barisan peralatan dapur KitchenAid akan memberikan pengalaman memasak yang menakjubkan.

“Malah ketika ini, peralatan dapur tanpa wayar menjadi pilihan ramai dan permintaannya juga semakin meningkat.

“Pelancaran sistem Go Cordless  ini juga merupakan satu usaha kami untuk memberi kebebasan kepada pengguna untuk memasak pada bila-bila masa dan di mana sahaja sekaligus mengukuhkan kedudukan KitchenAid dalam menyediakan peralatan dapur premium,” katanya.

Dalam pada itu, sistem Go Cordless baharu yang dilancarkan oleh KitchenAid menampilkan enam peralatan kecil tanpa wayar dan semuanya dikuasakan oleh bateri boleh alih 12V Max.

Ketika ini empat peralatan tersebut boleh didapati di Malaysia merangkumi Go Cordless Hand Mixer, Go Cordless Hand Blander, Go Cordless Food Chopper dan Go Cordless Personal Blender.

Barisan peralatan dapur KitchenAid juga boleh digunakan di mana-mana sahaja.

Melengkapi barisan peralatan tersebut adalah Go Cordless Citrus Juicer dan Go Cordless Blade Grinder

“Ketika ini pengguna boleh mendapatkan Go Cordless Hand Mixer, Go Corless Hand Blander, Go Cordless Food Chopper dan Go Cordless Personal Blender terlebih dahulu di pasaran.

“Untuk Go Cordless Citrus Juicer, ia akan dibawa masuk dalam waktu terdekat dan Go Cordless Blade Grinder belum lagi dibawa masuk untuk tahun ini,” jelas Pei Yan.

Sementara itu, Pei Yan menjelaskan, peralatan tersebut juga direka khas untuk gaya hidup masa kini dan ia sesuai digunakan untuk semua golongan.

“Ketika ini kita bukan hanya memasak di dapur sahaja malah turut melakukan aktiviti itu ketika di luar.

“Ada ketikanya kita melakukan barbeku di luar rumah dan juga pergi melakukan aktiviti perkhemahan dan peralatan dapur tanpa wayar ini boleh membantu untuk kita memasak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Chef Collin dari TCH Foodworks berpendapat, melalui sistem Go Cordless ia membolehkan proses memasak lebih mudah dan lancar.

Melalui peralatan dapur KitchenAid ia membolehkan proses memasak lebih mudah dan lancar.

Menurutnya, sebagai seorang chef, dia percaya masakan yang hebat dan kreatif lahir daripada rasa bebas dan selesa di ruang sendiri.

“Sistem ini memberi kebebasan tersebut, ia membolehkan anda bergerak dengan mudah dari dapur ke balkoni atau taman, menjadikan proses memasak lebih semula jadi dan intuitif.

“Apa yang menonjol bagi saya ialah bagaimana KitchenAid mengekalkan kuasa dan kebolehpercayaan yang dikenali ramai sambil mereka bentuk produk yang serasi dengan gaya hidup moden,” jelasnya.

Sistem Go Cordless KitchenAid kini boleh didapati di peruncit terkemuka seluruh negara seperti Harvey Norman, TBM, Shopee, Lazada dan secara dalam talian di www.kitchenaid.my. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |