eforea Spa bangga latih anak tempatan

5 hours ago 4

Industri spa sentiasa dikuasai oleh kaum wanita kerana permintaan daripada pelanggan sentiasa ada kerana ia salah satu cara mereka untuk berehat, menenangkan minda dan jiwa serta memulihkan badan yang sebelum ini sentiasa cergas aktif bergerak.

Bersandarkan permintaan yang tinggi, rata-rata mereka yang terlibat dalam industri ini amat meminati bidang tersebut sehingga sanggup belajar dan berbelanja besar untuk mendalami bidang itu.

Pengurus Spa dan Perkhidmatan Pelanggan, DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort di Lumut, Perak, Jeffery Fairus melihat amanah untuk mengetuai eforea Spa membolehkan beliau mendalami perkara tersebut secara berperingkat tanpa ada rasa malu dan tertekan kerana ia adalah satu bidang yang menerujakan malah mendidik diri serta pelanggan ke arah cara hidup yang lebih sihat.

Beliau yang memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perhotelan menjadikan ini sebagai peluang keemasan untuk mempelajari industri spa yang berpotensi dan sentiasa menyakinkan ahli terapinya bahawa bidang ini ada masa depannya yang tersendiri.

“Ramai yang menganggap bidang ini tiada masa depan tetapi sebenarnya ia adalah satu kerjaya yang membantu memberi manfaat dan nikmat kesihatan yang baik kepada pelanggan.

“Saya sentiasa mendengar maklum balas pelanggan kerana itu sangat penting untuk meningkatkan dan menambah baik perkhidmatan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

KOSMO!: Boleh jelaskan tentang perkembangan eforea Spa?
Jeffery: Satu kelebihan spa di sini adalah lokasinya yang begitu strategik yang mana ia menghadap Selat Melaka dengan lautan terbentang luas dan lebih mengasyikkan apabila mendapatkan khidmat refleksologi di bilik khas.

Sambil itu mereka dapat menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang mengasyikkan. Keluasan spa di hotel ini adalah lebih 100 meter persegi dan ia memiliki lima bilik rawatan yang mana salah satunya untuk pasangan yang menempatkan dua katil, tiga bilik rawatan untuk seorang pelanggan dan sebuah lagi adalah bilik khusus untuk refleksologi.

Bagaimana dengan kebolehan dan kemahiran ahli terapi di sini?
Kami ada empat ahli terapi yang mana tiga daripadanya adalah wanita dan seorang lelaki yang semuanya berasal dari daerah berdekatan, mereka adalah anak Melayu dan anak tempatan yang sangat meminati dan berkemahiran dalam bidang ini.

Mereka berusia 21 hingga 28 tahun dan ada yang berpengalaman sehingga lima tahun dalam bidang ini. Setiap mereka memiliki kemahiran berbeza bersesuaian dengan tawaran pakej kepada pengunjung.

Mereka sentiasa menjalani latihan yang disediakan oleh pihak syarikat untuk meningkatkan dan menambah baik kemahiran sedia ada.

Apa yang saya banggakan di sini adalah kami memiliki ahli terapi ‘local’ yang memahami kehendak pelanggan dan mereka begitu komited dalam tugasan masing-masing.

Apakah keunikan perkhidmatan dan pakej yang ditawarkan kepada pengunjung?
Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan spa dan pakej yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan, malah kami sentiasa menambah baik dan memberi nilai kepada per­khidmatan sedia adanya.

Mereka akan mendapat layanan mesra daripada ahli terapi kami sebaik melangkah masuk ke eforea Spa dengan diberikan tuala basah untuk menyegarkan muka dan pengisian borang untuk urusan pentadbiran selain memberi ­ruang kepada pengunjung untuk memaklumkan di bahagian pada tubuh badannya sensitif untuk disentuh dan juga bahagian yang perlu difokuskan untuk urutan.

Pengunjung juga akan diberi pilihan untuk memilih minyak yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan di sini ahli terapi akan membuat penerangan tentang kebaikan setiap minyak urutan yang ada.

Ia terbahagi kepada tiga kategori minyak urutan yang tidak melekit tetapi mudah meresap ke dalam lapisan kulit iaitu Detox, Purify dan Regenerate.

ebaik selesai sesi, pengunjung akan diberikan minuman air herba yang menenangkan.

Boleh jelaskan pakej yang ditawarkan dan apakah yang popular dalam kalangan pe­langgan?
Pakej yang kami tawarkan di eforea Spa bakal memenuhi ke­perluan mana-mana yang mahu merihatkan diri dan membantu melegakan tekanan yang dihadapi.

Jika mahukan sesuatu yang menenangkan yang terdiri daripada Digital De Stress, Recharge, Harmony, Indulgence dan Renew, selain itu terdapat perkhidmatan untuk muka dan juga kaki.

Lebih menarik kami menawarkan enam jenis urutan yang pas­tinya pelanggan akan kembali lagi ke spa ini untuk sesi rawatan seterusnya apatah lagi ia ditawarkan pada harga yang menarik.

Pakej eforea Oriental Detox akan memfokuskan kepada spesifik di bahagian badan. Pakej Sense akan membolehkan pelanggan merasai rihat yang maksimum melalui teknik urutan yang berkesan, malah tidak menyakitkan. Ia menggunakan seni urutan yang digabungkan dengan minyak aromaterapi tradisional yang akan dapat memulihkan kelesuan serta dapat merihatkan minda dan badan.

Pakej Therapeutic pula bersesuaian untuk pelanggan yang mahukan cara urutan yang lebih kuat dan berkesan agar urutan tersebut dapat menembusi lebih dalam lapisan gentian otot dan tisu yang penghubung yang mengelilingi tulang dan sendi.

Selain itu, ia juga akan dapat memberi kelegaan, membantu menggalakkan peredaran darah ke otot dan melegakan kekejangan kronik.

Pakej Curative Malaysia pula adalah urutan tradisional yang menggunakan tekanan ibu jari dan tapak tangan ke atas bahagian badan untuk membantu me­ningkatkan aliran darah dengan rasa keseimbangan dan juga kesejahteraan secara keseluruhannya.

Salah satu yang menjadi pilihan pelanggan adalah Meri­dian Tui-Na iaitu terapi Cina purba yang menggabungkan kedua-dua urutan dan akutekanan yang menggunakan teknik urutan khusus yang kuat untuk membantu me­rangsang dan meningkatkan aliran ‘Qi” atau tenaga penting dalam badan, sekali gus ia akan memberi kelegaan serta keseimbangan secara keseluruhannya.

Berapa kadar harga yang ditawarkan dan apakah pakej yang menjadi pilihan pelanggan?
Kadar yang ditawarkan berpatutan dan jauh lebih murah daripada spa di hotel lima bintang yang lain iaitu di antara RM188 hingga RM388 bergantung kepada tempoh masa yang diambil dan pakej popular pelanggan adalah Sense. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |