Agong berkenan terima mengadap Menteri Besar, pegawai kanan Kerajaan Johor

7 hours ago 4
  • Oleh KOSMO!
  • 3 Julai 2025, 12:40 pm
Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Besar dan pegawai kanan Kerajaan Johor di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. -Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghaz serta beberapa pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi mengadap tersebut berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Sesi itu turut disertai oleh Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan), Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Pengarah Tanah dan Galian Johor, Mohammed Shakib Ali.

Pertemuan ini mencerminkan hubungan erat antara Kerajaan Negeri Johor dengan Seri Paduka Baginda serta keprihatinan Baginda terhadap urusan pentadbiran negeri dan kesejahteraan rakyat Johor. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |