PETALING JAYA – Niat seorang lelaki untuk menegur penghantar makanan yang tidak mengangkat tongkat motosikalnya berakhir sebaliknya apabila dia hampir terjatuh ke dalam parit.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh @Pijoi, kejadian bermula apabila dia menyedari tongkat motosikal tersebut tidak diangkat dan berusaha untuk menghampiri penghantar makanan berkenaan sambil membunyikan hon sebagai isyarat.
Namun, ketika dia mengalihkan pandangan ke hadapan, motosikal itu terbabas ke pembahagi jalan dan hampir memasuki laluan bertentangan.
“Niat nak tegur tongkat ‘rider’ itu, salah saya juga tegur masa selekoh memang sekali pandang depan zass terbang,” tulis pemilik akaun tersebut di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan kejadian tidak dijangka itu dan mengucapkan syukur kerana tiada sebarang kecederaan berlaku.
“Dia tegur tongkat orang, tetapi dia pergi laluan sebelah,” komen @John_dblend10.
“Nak gelak rasa berdosa. Ampun ya Allah, alhamdulillah tak ada apa. Tetapi abang malu tak? Hahaha,” seloroh @Irmalina. – KOSMO! ONLINE
@unclepijul Replying to @tupaistyle04 niat nak tegur tongkat rider panda tu,salah saya jugak tegur time corner mmg skali pandang depan zasss terbang🤣#fypageシ #virall ♬ original sound – pijoii