‘Jangan buat mama sedih lagi, terikut syaitan sekejap’

10 hours ago 9

PETALING JAYA – Kemelut keluarga sudah berakhir, usahawan dan pelakon Abby Abadi meminta bekas suami, Norman Hakim dan anak-anak tidak lagi bertindak atau mengulangi perbuatan yang akan mengecewakan hatinya bagi mengelakkan daripada lebih banyak melondehkan lal peribadi dalam media sosial.

Menurut Abby, 47, tindakannya memuat naik banyak luahan dalam media sosial tentang isu keluarga termasuk tuntutan nafkah anak sejak kebelakangan disifatkan satu kesilapan yang terlalu mengikut emosi dan termakan hasutan syaitan.

“Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT kerana sentiasa bersama saya. Terikut dengan hasutan syaitan sekejap.

“Jadi kepada papa (Norman) dan anak-anak, jangan buat mama sedih lagi.

“Sebab bila mama sedih, akan hilang arah dan cepat terkejut. Bila terkejut, maka akan berlaku pergelutan emosi yang tidak terjangka,” katanya dalam Instagram hari ini.

Abby juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terlibat secara tidak langsung termasuk rakan-rakannya dalam kemelut keluarganya.

“Maaf kawan-kawan yang sentiasa ada kerana buat emosi kalian terganggu juga. Sebenarnya tiada niat untuk libatkan orang lain tapi tak mengapa, kalah dengan syaitan.

“Saya minta maaf! Janji tak buat lagi, doakan kami,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Abby turut memuat naik video siaran langsungnya semalam yang memaparkan Norman membuat kejutan bertemu dengannya dengan membawa anak perempuan mereka, Marissa Dania.

Marissa yang di berada di belakang kamera kedengaran sedang menangis dan menunggu untuk memohon maaf kepada ibunya sebelum memeluk pelakon filem Gerak Khas The Movie itu.

Semalam, isteri Norman yang juga pelakon, Memey Suhaiza memuat naik video keluar bersama Abby dan Marissa ke sebuah restoran.

Perkongsian tersebut sekali gus memberi bayangan hubungan mereka kembali pulih.

Sejak minggu Abby dalam media sosialnya lantang bersuara tentang isu nafkah tiga anaknya yang didakwa diabaikan Norman sejak bercerai.

Luahan tersebut tercetus apabila Abby meluahkan rasa kecewa terhadap sikap menantunya, Aslam yang dikatakan tidak menghormatinya sebagai ibu mentua. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |