Umrah4Ladies bantu jemaah tanpa mahram beribadah di Tanah Suci

10 hours ago 4

PETALING JAYA – Peneraju umrah khas wanita, Umrah4Ladies by MK Haramain Travel & Tours komited memastikan setiap jemaah wanita terutamanya tanpa mahram dijamin keselamatan dan keselesaan sepanjang di Tanah Suci.

Ini kerana kata Pengasas Umrah4Ladies, Nursyafiqah Zamani, ramai wanita berhasrat menunaikan umrah namun berdepan pelbagai kekangan seperti ketiadaan mahram, kebimbangan keselamatan serta suasana perjalanan bercampur lelaki dan wanita.

Jelasnya, halangan-halangan itu sering membuatkan impian ke Tanah Suci tertangguh, walaupun niat dan kemampuan sudah ada.

“Bagi sebahagian wanita, terutama wanita tanpa mahram, ibu tunggal dan pengembara solo, cabaran ini sering membuatkan impian ke Tanah Suci tertangguh, walaupun kemampuan dan niat sudah ada.

“Rasa kurang keyakinan untuk mengembara seorang diri atau bimbang melakukan kesilapan dalam ibadah turut menjadi faktor utama,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Norsyafiqah berkata, melihat kesulitan itu, pakej umrah khas wanita menjadi pilihan yang semakin penting.

“Ia memberi ruang ibadah eksklusif yang menjaga aurat dan batas pergaulan, memberikan rasa selamat kepada peserta dan ketenangan kepada keluarga.

“Di samping itu, perjalanan sebegini menguatkan semangat ukhuwah, menyediakan bimbingan ibadah secara lebih peribadi dan memenuhi keperluan fizikal serta emosi muslimah sepanjang perjalanan,” katanya.

Tambah beliau, bermula semalam hingga 11 September depan, Umrah4Ladies telah menganjurkan Program Umrah Maulid 1447H bersempena sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW di bumi suci Madinah Al-Munawwarah.

Program ini menampilkan kerjasama istimewa bersama pasangan ikon dakwah dan kemanusiaan, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi, yang akan berkongsi pengalaman rohani dan inspirasi bersama para peserta.

Syarikat itu juga telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan memiliki lesen inbound, outbound dan umrah yang sah.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |