Gambar hiasan
- Oleh HARRITH HISHAM
- 13 Disember 2025, 8:12 am
KUALA LUMPUR – Penduduk di Lembah Klang dinasihatkan berwaspada berhubung kejadian banjir susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi.
Menerusi portal info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), beberapa siren amaran sudah dibunyikan melibatkan tiga stesen menandakan paras air meningkat melebihi tahap normal.
Setakat pukul 7.30 pagi, siren dengan status amaran dikeluarkan bagi Stesen Sungai Toba di Segambut Bahagia.
Selain itu, status bahaya membabitkan Sungai Klang di Segambut Bahagia Tambahan dan Sungai Kerayong di Taman Hock Ann.
Difahamkan, beberapa kawasan di Lembah Klang turut terjejas dengan siren amaran banjir dibunyikan di kawasan Sungai Gombak terutama Titiwangsa.
Sementara itu, Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur bagaimanapun memaklumkan, tiada laporan banjir diterima ketika ini dan keadaan masih terkawal. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
1















































