Ulama sertai demonstrasi, air ‘penang’ jadi rebutan

3 hours ago 2
Orang ramai meminta tokoh ulama untuk membaca doa ‘penenang’ pada minuman mereka semasa demonstrasi di DRPD semalam. - TikTok
  • Oleh KOSMO
  • 3 September 2025, 10:00 pm

JAKARTA – Seorang tokoh ulama mengundang perhatian ramai apabila diminta oleh penunjuk perasaan untuk membacakan doa pada air mineral mereka agar mampu menenangkan hati, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian itu dirakam ketika beribu-ribu penunjuk perasaan melakukan demonstrasi di hadapan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DRPD) Kalimantan Selatan. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan orang ramai meminta beliau untuk membacakan doa penenang pada air minuman mereka. 

Meskipun situasi sesak, beliau tetap menunaikan permintaan tersebut.

Rakaman itu mencatatkan lebih 14,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Semoga cepat damai,” kata seorang netizen. 

“Rakyat di Kalimantan Selatan sangat beradab,” kata pengguna media sosial lain.  – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |