
- Oleh KOSMO!
- 2 September 2025, 6:06 pm
BELFAST, IRELAND UTARA – Tasik Loughareema di Ireland Utara dipenuhi air pada waktu pagi tetapi kering sepenuhnya hanya beberapa jam kemudian, lapor laman berita MailOnline kelmarin.
Ia menerima aliran dari tiga batang sungai tetapi tidak mempunyai aliran keluar. Sebaliknya terdapat saluran bawah tanah di dasar tasik.
Punca air Tasik Loughareema hilang masih dianggap misteri dan bagi penduduk tempatan, keanehan ‘tasik ghaib’ itu kerap menjadi inspirasi kepada pelbagai kisah hantu.
Pada malam hari ketika airnya penuh, roh misteri didakwa menghantui tepian tasik di kawasan berbukit itu.
Ada juga dakwaan penampakan ‘kelpie’, iaitu makhluk ghaib berair berupa kuda kelabu atau putih yang mampu menjelma sebagai manusia di tasik tersebut.
Ahli hidrogeologi di jabatan British Geological Survey, Dr. Paul Wilson kini menjalankan kajian terperinci mengenai fenomena Tasik Loughareema. – AGENSI