Sedih bila orang kata saya ‘menghilang’ – Nina Iskandar

23 hours ago 8

BAKAT lakonan Nina Iskandar pernah menjadi perhatian ramai menerusi drama popular Andainya Takdir sehingga melonjakkan namanya dalam arena seni suatu ketika dahulu.

Drama yang mencatat lebih 10 juta tontonan turut melayakkan anak jati Brunei itu dicalonkan dalam kategori Aktres Wanita Pilihan pada Drama Festival Kuala Lumpur 2018.

Namun, sejak penghujung 2019, nama Nina mula menyepi lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak sulungnya. Malah, dia juga terkandas di Brunei akibat pandemik Covid-19.

Kali terakhir Nina muncul dalam televisyen menerusi drama Rumah Siti Khadijah arahan Heykal Hanifah.

Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 33, terbuka menerima sebarang tawaran sekiranya diberi watak yang bersesuaian kerana minatnya terhadap lakonan sangat mendalam.

“Rindu sangat untuk berlakon, sebab itu adalah hobi saya. Jadi, saya masih terbuka kepada peluang untuk berlakon. Tapi mungkin sekarang, saya akan memilih dengan watak yang akan saya dapat.

Majlis pelancaran SKANDARL Beuty turut diserikan oleh kehadiran Tetamu Kehormat, Yang Mulia Tuan Mohd. Aizul Hakim Pehin Haji Suyoi (dua dari kanan), Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Malaysia.

“Saya sedih juga bila ada yang kata saya ‘hilang’ tapi masa dan keadaan sudah berubah. Kepentingan kita pun dah bertukar.

“Sedih tetap ada sebab itu karier lakonan terakhir saya tetapi saya puas hati dengan apa yang saya mahu fokus,” katanya usai pelancaran rasmi produk jenama sendiri SKANDARL Beauty baru-baru ini.

Tambah Nina lagi, pertindihan tarikh dan masa menjadi antara sebab utama dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan sebelum ini.

“Tawaran memang ada, cuma kadang-kadang apabila saya dapat tawaran tersebut, saya tidak boleh ambil sebab clash (bertembung) dengan masa saya.

“Saya tinggal di Brunei sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula bersama anak saya sehingga sekarang, jadi saya kena rancang betul-betul dengan masa dan jadual sebelum saya terima tawaran lakonan tersebut.

“Mereka (pihak produksi) perlu memberitahu saya awal kerana bila saya dekat Brunei, saya perlu pentingkan hal pembelian tiket, tempat tinggal dan sebagainya,” ujarnya.

Read Entire Article
Pertanian | | | |