[VIDEO] Rumah belum duduk, cermin kena pecah, meter air hilang

11 hours ago 6

PETALING JAYA – Seorang pemilik rumah sedih apabila kediaman baharu yang belum didudukinya mengalami kerosakan termasuk cermin tingkap dipecahkan selain meter air hilang, dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok nurxinie yang memuat naik keadaan rumahnya di sebuah pangsapuri di Bandar Bestari Permai, Kuala Ketil, Kedah.

“Rumah tak dan (sempat) duduk lagi, cermin pecah, meter air hilang. Nak nangis pun ada, nak gelak pun ada. Dengan tiba-tiba kena caj faedah tertunggak.

“Botol bekas air ketum pun ada. (Rumah) blok G tingkat bawah sekali dengan tingkat empat. Tak tahu bila jadi.

“Tahu-tahu kena bayar total RM1,000 lebih untuk selesaikan tunggakan, bank ‘hold’ bayaran dekat pemaju, pembeli pula kena bayar,” katanya berkongsi ujian dihadapi.

Menjawab pertanyaan orang ramai, wanita itu mendakwa, banyak kerosakan berlaku bukan hanya di unit dibelinya, malah melibatkan rumah pemilik lain.

“Banyak rosak dengan orang curi kabel. Saya pergi tengok tadi, macam flat terbengkalai dengan pintu pecah, macam-macam lah,” katanya yang memberitahu mereka belum diberikan kunci oleh pemaju.

Di ruangan komen, orang ramai termasuk pembeli di pangsapuri tersebut turut meluahkan kerisauan sekiranya rumah mereka berdepan kerosakan sama.

“Kena pergi selalu macam ni, bahaya takut nanti benda lain pula kena curi,” komen seorang individu.

“Ini kes khianat ni, rumah kita pun kena, tapi hilang meter kena curi. Memang kebanyakan sekarang budak-budak jahat sasar perumahan baharu. Semoga sis tabah,” kata seorang pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE

@nurxinie__ Rumah xdan duduk lagi cermin pecah, meter air hilang , HAHAHAA. Nak nangis pon ada nak gelak pon ada . Dengan tiba2 kena charge overdue interest pulak🙂‍↔️. Botol bekas air ketum pon ada 😮‍💨 #bandarbestaripermai #kualaketil #lifetimeproperty #orientalsales #fyppppppppppppppppppppppp #rkr #problem #bandarbestaripermai #fypage ♬ Inspirational – neozilla
Read Entire Article
Pertanian | | | |