PETALING JAYA – Suasana perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya semalam dikejutkan dengan gelagat seorang pengunjung wanita yang tiba-tiba menjerit dan bertindak seperti dirasuk apabila melihat kenderaan pasukan bomba melintasi laluan utama.
Kejadian itu berlaku ketika kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat persembahan perbarisan menggunakan kenderaan operasi mereka, termasuk jentera pemadam kebakaran serta trak penyelamat.
Menerusi video di TikTok @norafzal69, wanita berkenaan yang berada di kawasan penonton dilihat menjerit sekuat hati dan terloncat-loncat sambil memanggi ‘abang bomba’ berulang kali.
“Kau betul-betul tak relax (tenang) la kak. Huru-hara,” kata @norafzal69.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen berhubung gelagat wanita itu.
“Faham kan kenapa dia dalam pagar?,” seloroh @ItsmeNawwarah_.
“Dia nampak over (keterlaluan), tetapi kadang orang macam ini la yang buat suasana orang dalam barisan lagi semangat, tak hambar,” komen seorang pengguna.
“Yang tukang rakam pun mesti terhibur dengan kakak ni. Video ni tak lalu ‘FYP’ dia lagi ke? Nak tengak reaksi dia macam mana,” kata @naylaaa9.
Video yang dikongsikan pengguna TikTok itu berjaya meraih lebih 1.8 juta tontonan setakat ini dengan 6,404 komen. – KOSMO! ONLINE
@norafzal69♬ original sound – 𝑁𝑜𝑟 𝐴𝑓𝑧𝑎𝑙 𝐸ℎ𝑠𝑎𝑛