Qistina Raisah berang wajah disunting untuk video lucah

9 hours ago 6

PETALING JAYA – Pelakon Qistina Raisah menegaskan wajahnya disunting dengan menggunakan teknologi Kecerdasan buatan (AI) dalam video lucah yang didakwa tersebar dalam beberapa aplikasi sejak setahun lalu.

Sudah berdiam diri terlalu lama, Qistina atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarolazari, 17, berkata, dia tidak berani bersuara sebelum ini kerana ketika itu teknologi AI masih terlalu baharu dan bimbang tiada yang mempercayai dirinya.

Lebih mengecewakan, video tersebut turut dijual secara online dan boleh dibeli menerusi aplikasi WhatsApp dan Telegram.

“Saya dah simpan lama, hampir setahun.
Ini kes orang fitnah dan sunting wajah saya buat benda yang tidak elok.

“Ramai yang hantar video saya difitnah itu sehingga kini. Hari ini saya baru ada keyakinan untuk bercakap bahawa individu dalam semua video itu bukan saya.

“Dulu saya tak berani nak cakap sebab ketika itu teknologi AI masih belum hebat seperti hari ini. Itu bukan saya.

“Pada orang-orang yang edit dan jual video-video sebegitu, awak kena ingat, suatu hari awak akan berkahwin dan ada anak-anak. Apa kita buat dekat orang, akan berbalik pada kita,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Dia juga enggan memaafkan mana-mana individu yang terlibat dengan perkara tidak senonoh itu.

Dalam masa sama, video sebegitu turut memberi tempias terhadap ahli keluarganyw.

“Satu awak buka aib orang, satu aib awak Tuhan akan buka di dunia dan akhirat.

“Mungkin tak nampak saya sedih. Tapi kalian tidak tahu apa yang saya rasa di sebalik tabir konten semua ini.

“Kalau dosa dengan Allah SWT, boleh solat taubat. Kalau dengan manusia, hati-hatilah,” jelasnya.

Tidak melabel diri sendiri sebagai individu yang baik namun sengaja menjerumus diri dalam satu perkara negatif adalah perkara yang paling dielakkannya.

“Bila mak saya tengok video-video macam itu, mestilah saya rasa sedih. Sebagai anak, saya cuba jadi yang terbaik.

“Saya sedar diri bahawa bukan orang yang baik. Tapi satu perkara, siapa sahaja yang sunting dan jual, sampai mampus saya tak maafkan kalian semua,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |