Sarawak hujan lebat hingga tengah hari

3 hours ago 2
Gambar hiasan
  • Oleh KOSMO!
  • 13 Februari 2026, 10:04 am

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di Sarawak hingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan daerah Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei) dan Mukah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |