KUALA LUMPUR – Menjelang tibanya bulan Ramadan tidak beberapa hari lagi, hotel-hotel di sekitar ibu kota sentiasa memikirkan konsep yang bersesuaian untuk diketengahkan bersesuaian dengan perubahan gaya hidup dan juga cita rasa pelanggan.
Bagi MiCasa All Suite Hotel (MiCasa Hotel) yang terletak dalam jajaran Jalan Tun Razak dan juga KLCC membolehkan ia menjadi salah satu destinasi pilihan pelanggan untuk merasai bufet berbuka puasa di situ.
Berpatutan dengan tawaran harganya, iaitu RM148 bersih seorang dewasa manakala RM98 untuk warga emas berusia 60 tahun keatas dan kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun, pakej tersebut telah menjadi pilihan ramai pelanggan untuk membawa ahli keluarga untuk berbuka puasa bersama.
Kenangan bergambar bersama berlatar belakangkan pemandangan indah daripada pusat tarikan ikonik, Menara Berkembar KLCC menambahkan pengalaman manis buat para pengunjungnya.
Untuk tahun ini, bufet berbuka puasa hasil air tangan cef Adrian mengetengahkan Sajian Lima Rasa yang menampilkan masakan Melayu, Cina, India, Thailand dan Indonesia.
Pelbagai sajian istimewa daripada pasukan kulinari berpengalaman hotel itu juga turut disempurnakan dengan kerjasama hotel bersama Mahsuri Dagang Sdn Bhd bagi menawarkan sajian berbuka puasa yang berkualiti dalam setiap hidangan yang disediakan
Antara tarikan utama bufet berbuka puasa di MiCasa Hotel adalah Pad Kra Pao Beef Thai, Ayam Sambal Hijau, Daging Dendeng, Lamb Madras serta Aloo Masala.
Turut dihidangkan adalah Sup Gearbox dan pilihan sup lain seperti Sup Krim Jagung dan Isi Ketam atau Sup Labu dan Bayam.
Bagi sajian pembuka selera pula, pihak hotel mengetengahkan Kerabu Maggi dan Kerabu Kerang Tauge yang segar dan pedas, selain salad terkenal seperti Som Tam Thai dan Gado-gado Indonesia.
Pengunjung pastinya juga akan tertarik memilih hidangan yang disediakan di beberapa stesen masakan yang disediakan terus oleh cef-cef berpengalaman antaranya kambing panggang, stesen masakan India dengan menampilkan penyediaan roti canai, roti boom dan murtabak.
Selain itu terdapat juga aneka goreng-gorengan seperti Cucur Bakwan dan Pisang Goreng berkaramel turut membuatkan pengunjung rambang mata untuk memiih juadah.
Sebagai pelengkap juadah, bufet ini turut menawarkan pelbagai pilihan pencuci mulut termasuk aneka kuih tradisional, ABC, Cendol, Pulut Mangga, selain minuman klasik seperti Teh Tarik dan juga Kelapa Laut. -KOSMO! ONLINE

3 hours ago
4

















































