Ragbi Kelantan mahu rampas gelaran Piala Agong

8 hours ago 3

SHAH ALAM –  Skuad ragbi Kelantan meletakkan misi besar mereka menjelang Kejohanan Piala Agong 2025 terutama ingin menamatkan kemarau 13 tahun selepas kali terakhir muncul juara pada 2012.

Presiden Persatuan Ragbi Negeri Kelantan (PRNK), Riduannor Sarif berkata, skuad kali ini dibentuk dengan lebih seimbang terutama menggabungkan pemain berpengalaman bersama bakat muda termasuk memanggil empat pemain import dari Fiji.

Beliau optimis gandingan padu tahun ini mampu mengembalikan trofi kejuaraan berprestij itu bumi Kelantan selepas edisi lalu tidak menyertai kejohanan tersebut.

“Pemain import yang dibawa musim ini masih muda tetapi mempunyai potensi besar untuk bersaing dalam liga. Mereka digabungkan dengan bakat tempatan yang sebahagian besarnya anak jati Kelantan.

“Sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus pemain kita adalah pemain tempatan, malah ada yang kembali menyertai pasukan selepas beraksi bersama kelab lain musim lalu. Ini kekuatan yang kami bangunkan untuk kembali menguasai kejohanan.

“Kelantan pernah menjadi kuasa besar ragbi negara tetapi sudah lama tidak bergelar juara. Tahun 2025 ini adalah misi besar untuk mengembalikan maruah dan tradisi juara.

“Kami percaya pasukan kali ini cukup mantap untuk menjadi pencabar utama. Harapan ini juga disokong oleh peminat dan kerjasama erat dengan Ragbi Malaysia,” jelasnya.

Tambah beliau, meskipun menyedari saingan daripada pasukan gergasi seperti Selangor, PDRM dan Johor, beliau tidak sesekali memandang rendah mana-mana lawan.

“Setiap perlawanan akan kami hadapi dengan penuh serius. Yang penting, peminat akan dapat menyaksikan satu perlawanan berkualiti. Itu janji kami,” katanya.

Menurut Riduannor, kejohanan kali ini dianggap misi penting kerana kali terakhir Kelantan menjulang Piala Agong adalah pada 2012 yang ketika itu mereka melakar gelaran hatrik pada 2010,2011,2012. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |