Polis Jakarta tahan 1,200 perusuh

7 hours ago 4

AKARTA – Polis ibu kota Indonesia menahan lebih 1,200 orang ekoran protes ganas selama seminggu yang turut dicemari rompakan dan vandalisme, kata Ketua Polis Jakarta, Inspektor Jeneral Asep Edi Suheri semalam seperti laporan laman  berita Jakarta Globe.

“Sehingga hari ini (semalam), Polis Metropolitan Jakarta telah menahan kira-kira 1,240 orang sejak pergolakan bermula,” kata Asep kepada pemberita selepas bertemu Gabenor Jakarta, Pramono Anung dan pegawai tentera di Dewan Bandar Raya.

Beliau berkata, mereka yang ditahan termasuk individu dari wilayah jiran seperti Jawa Barat dan Banten  yang disyaki memusnahkan kemudahan awam, merompak serta melakukan perbuatan ganas lain. 

Penunjuk perasaan aman bagaimanapun tidak menjadi sasaran polis.

“Presiden, Ketua Polis Indonesia  dan komander tentera mengarahkan kami untuk bertindak tegas terhadap semua tindakan anarki serta kerosakan kemudahan awam. 

“Bantahan secara aman tetap dialu-alukan,” kata Asep sambil menyatakan harapan agar Jakarta segera kembali tenang.

Tambah beliau, polis juga sedang menyiasat kes rompakan rumah milik empat ahli Parlimen dan Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati pada hujung minggu lalu. 

“Kami telah mengenal pasti suspek dan akan membuat tangkapan tidak lama lagi,” tambah Asep.

Sementara itu, Pramono berkata, nilai kerosakan kemudahan awam di Jakarta sahaja berjumlah 55 bilion rupiah (RM14.7 juta). 

Ia termasuk kerugian 3.3 bilion rupiah (RM848,732) untuk MRT Jakarta, kira-kira 41.6 bilion rupiah (RM10.7 juta) untuk rangkaian bas TransJakarta dan 5.5 bilion rupiah (RM1.4 juta) melibatkan kerosakan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan infrastruktur awam lain. – AGENSI 

Read Entire Article
Pertanian | | | |