Plaza Tol Gombak makin sesak, kenderaan bertambah

2 weeks ago 13
Keadaan terkini aliran trafik di Plaza Tol Gombak.
  • Oleh HARRITH HISHAM
  • 29 Ogos 2025, 9:09 pm

PETALING JAYA – Aliran trafik di Plaza Tol Gombak dilaporkan semakin sesak berikutan pertambahan kenderaan sejak petang tadi.

Menurut Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Trafik, ia membabitkan laluan kedua-dua arah di Plaza Tol Gombak.

“Trafik perlahan arah barat sepanjang 3.7 kilometer (km) dari KM23.5 hingga Plaza Tol Gombak dan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

“Keadaan sama turut berlaku sebelum Plaza Tol Gombak menuju ke arah timur,” katanya hari ini.

Sementara itu, trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) juga dilaporkan perlahan dari KM80.7 hingga KM79.8 bagi arah barat manakala dari KM78.5 hingga KM79.8 (timur). – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |