[VIDEO] Kapal Farah Lee tinggalkan Itali, sambung misi ke Gaza

2 hours ago 2

PETALING JAYA – Kapal yang membawa aktivis kemanusiaan termasuk selebriti dan usahawan, Farah Lee dilaporkan sudah memulakan pelayaran dari Itali ke Gaza.

Ia merupakan sebahagian misi Global Sumud Flotilla bagi menamatkan sekatan bantuan kemanusiaan ke atas wilayah Palestin.

Difahamkan, sebanyak 17 bot terlibat dalam misi tersebut dan pelayaran dirasmikan oleh Datuk Bandar Port Syracuse, Francesco Italia.

Farah Lee menerusi hantaran di TikTok miliknya memaklumkan, mereka sudah memulakan perjalanan dan memohon doa orang ramai agar misi tersebut dipermudahkan.

“Kami dari Itali telah mulakan pelayaran ke Gaza, doakan kami semua,” tulisnya ringkas menerusi hantaran video yang memaparkan sebuah kapal layar mengibarkan bendera Palestin.

Terdahulu, Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni memberi jaminan bahawa kerajaan Itali akan melindungi warganya yang menyertai misi kemanusiaan itu.

Langkah itu diambil susulan ancaman Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, yang menggelar para peserta flotila sebagai ‘suspek pengganas’. – KOSMO! ONLINE

@farahlee.fl Kami dari Itali telah mulakan pelayaran ke Gaza, doakan kami semua! #freepalestine #globalsumudflotilla #sumudnusantara #farahlee #FLforGaza ♬ original sound – Farah Lee
Read Entire Article
Pertanian | | | |