Piala FA: Terengganu FC enggan kibar bendera putih

4 hours ago 4
Penjaga gol TFC, Suhaimi Husin giat menjalani latihan sebelum aksi bertemu Imigresen FC, malam ini. - Foto ihsan TFC
  • Oleh NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
  • 13 September 2025, 12:30 pm

TERENGGANU FC (TFC) tiada pilihan melainkan menewaskan Imigresen FC dengan margin sekurang-kurangnya dua gol dalam aksi kedua pusingan awal Piala FA di laman sendiri malam ini bagi menghidupkan semula peluang mara ke suku akhir.

Pengendali TFC, Badrul Afzan Razali berkata, anak buahnya akan berhabis-habisan dalam misi hidup mati berkenaan di hadapan penyokongsendiri di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.

“Kita sudah ketinggalan satu gol, jadi saya harap pemain-pemain sedar dan bangkit pada malam esok (ini). Saya tekankan kepada mereka agar benar-benar fokus untuk menewaskan Imigresen kali ini.

“Jaringan awal sangat penting, malah ia  menjadi fokus dalam latihan kerana kita tidak boleh biarkan lawan terus selesa dengan kelebihan dimiliki mereka,” katanya ketika ditemui di Kuala Nerus semalam.

Pada aksi pertama pusingan awal Piala FA di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang bulan lalu, Imigresen mengejutkan TFC 2-1. 

Badrul Afzan berkata, skuad kendaliannya wajib mempamerkan kebangkitan agar tiket ke suku akhir Piala FA tidak terlepas di hadapan penyokong tegar sendiri. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |