Wanita asah tumit kaki dalam kereta api

3 hours ago 5
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu menghilangkan daki kaki dengan pemarut keju. - Instgram
  • Oleh KOSMO
  • 13 September 2025, 8:30 pm

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita menerima kecaman orang ramai apabila dirakam ‘mengasah’ kakinya untuk menghilangkan daki dan kulit mati di dalam sebuah kereta api di New York, lapor portal berita India Today. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @1776qqqqq menunjukkan wanita terbabit bersahaja menggosok kakinya dengan menggunakan alat pemarut keju. 

‘Gosokan’ itu menyebabkan sejumlah daki dan kulit mati bertaburan di lantai. 

Selain tiada rasa malu, dia juga tidak membersihkan daki-daki tersebut. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 26 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Tingkah laku yang jijik dan tiada rasa segan,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |