KUALA LUMPUR – Masakan tempatan kini menjadi pilihan pengunjung di Malaysia berbanding hidangan antarabangsa, demikian menurut satu kajian terbaharu yang dilaksanakan oleh Marriot International baru-baru ini.
Menurutnya, sebanyak 68 peratus tetamu di negara ini suka memilih masakan tempatan dan 74 peratus hartanah juga menyajikan hidangan tradisional tempatan yang dimasak menggunakan kaedah tradisional.
Kajian terbaharu bertajuk Future of Food 2026 itu meneroka transformasi landskap makanan di Asia Pasifik iaitu daripada menu berasaskan keselesaan dan pengalaman deria kepada kebangkitan sumber tempatan dan amalan lestari.
Ia melibatkan pasukan makanan dan minuman (F&B) Marriot International di 270 hartanah merentasi 20 pasaran Asia Pasifik.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersempena pelancaran Flavours of the Forgotten baru-baru ini, walaupun pengalaman makan berasaskan hiburan semakin meningkat di rantau ini tetapi pengunjung lebih terdorong menghargai makanan yang memberi keselesaan.

“Keselesaan adalah kemewahan baharu yang dapat dilihat daripada teknik fine-dining yang ditampilkan dalam hidangan,” katanya.
Bersempena pelancaran laporan tersebut, Marriott International telah memberi pengalaman unik kepada petugas media untuk merasai hidangan bertajuk “Flavours of the Forgotten.
Ia adalah hidangan unik, dengan gaya moden dan santai daripada teknik fine dining itu telah dipersembahkan kepada petugas media dalam satu majlis hasil ciptaan Chef Eksekutif Nor Azizi, hasil kerjasama hotel dengan BoomGrow, kolektif ladang bandar terkemuka Malaysia.
Mengulas lanjut mengenai hasil kajian tersebut, trend kini jelas terdorong kepada pengambilan makanan lebih sihat.
Di seluruh Asia Pasifik, kakitangan F&B Marriott International melihat peningkatan permintaan terhadap pilihan vegan (63 peratus), vegetarian (64 peratus), dan bebas gluten (54 peratus).
Bagaimanapun, perasa klasik seperti sos tomato, mayonis dan sos cili. -KOSMO! ONLINE

10 hours ago
4

















































