Duit jimat minyak boleh masuk Akaun Fleksibel

12 hours ago 4

PETALING JAYA – Program Budi Madani RON95 (Budi95) membolehkan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, berjimat sehingga lebih RM200 sebulan.

Pakar Ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, berkata, penjimatan itu wajar dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengamalkan konsep ‘simpanan paksa’,

“Wang yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan petrol sebelum ini boleh dimanfaatkan sebagai simpanan, contohnya disalurkan ke dalam Akaun Fleksibel KWSP untuk tabungan jangka panjang.

“Kalau rakyat disiplin me­nyimpan RM150 ke RM200 sebulan, dalam setahun boleh cecah RM2,400. Dalam 10 tahun, boleh jadi simpanan berpuluh ribu ringgit,” ujarnya.

Dr. Barjoyai

Tambah beliau, penjimatan itu sangat bermakna terutamanya kepada golongan yang berpendapatan sekitar RM3,000 sebulan.

“Pengguna biasa menggunakan sekitar 180 liter petrol sebulan, jadi jumlah yang dapat dijimatkan itu cukup ketara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu media melaporkan, Kementerian Kewangan memaklumkan Budi95 yang mula dilaksanakan pada 30 September lalu mencatat kejayaan besar apabila lebih 13.1 juta rakyat menikmati penjimatan keseluruhan sebanyak RM800 juta dalam bulan pertama pelaksanaannya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyatakan rakyat membelanjakan RM2.66 bilion untuk pembelian petrol bersubsidi RON95 sepanjang bulan Oktober, di bawah kadar istimewa RM1.99 seliter berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.

Read Entire Article
Pertanian | | | |