[VIDEO] Pantang cuti, semua ‘border’ sesak

2 hours ago 2

PETALING JAYA – Seperti kebiasaan, rakyat Malaysia sekali lagi membuktikan bahawa cuti sekolah adalah waktu yang ‘wajib’ dimanfaatkan sepenuhnya apabila semua sempadan negara terutamanya di Thailand dilaporkan sesak, ketika ini.

Tinjauan di laman sosial TikTok mendapati, antara sempadan yang mengalami kesesakan akibat ‘diserang’ rakyat Malaysia ketika ini adalah di Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian serta Sungai Golok.

Dikhabarkan, kesesakan tersebut berlaku sejak semalam (Jumaat) susulan kerajaan mengumumkan cuti tambahan Hari Malaysia pada Isnin ini, selain ditambah pula cuti penggal persekolahan.

Orang ramai berpendapat, walaupun Malaysia mempunyai antara cuti paling banyak di dunia, tetapi rakyat Malaysia tetap akan memenuhi semua sempadan tidak kira cuti apa sekali pun.

“Aku kadang tak faham dengan orang kita ni, asal cuti je mesti ramai. Peliknya selama ni aku dengar orang kita ramai susah. Tapi aku tengok keadaan macam rakyat kita terlebih kaya pula,” kata Zahidah Khalid.

“Pantang cuti, penuh sempadan. Trend sekarang janji luar negara. Ini saya rasa siapa buat kenduri ramai yang tak datang ni,” kata Farah Hanan. – KOSMO! ONLINE

@nrsrh04 Tudiaaa kemain panjang kena beratur nak masuk border Thailand🥲 #thailand🇹🇭 #hatyai #songkhla #fyp #fypシ゚ ♬ Jet2 Advert – ✈️A7-BBH | MAN 🇬🇧
Read Entire Article
Pertanian | | | |