Mayat lelaki tanpa baju dijumpai dalam anak sungai

2 hours ago 4
KEADAAN mayat lelaki yang ditemukan dalam anak sungai di kawasan Air Rengat, Temenggor, Gerik hari ini.
  • Oleh ASLIZA MUSA
  • 13 September 2025, 7:42 pm

GERIK – Mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak berbaju dan tertiarap ditemui di anak sungai di kawasan Air Rengat Temenggor, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, mayat mangsa dijumpai seorang lelaki Orang Asli pada pukul 8.25 pagi dan membuat laporan kepada polis bantuan Tenaga Nasional Berhad di Pengkalan Trojen.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut dan pemeriksaan menemukan seorang lelaki tertiarap dalam anak sungai.

“Pemeriksaan pada fizikal mangsa menemukan kesan luka di kepala yang mungkin disebabkan terjatuh. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Taiping untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperolehi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |