Piala FA: Peluang Palace julang trofi pertama

6 hours ago 4

LONDON – Penantian sembilan tahun Crystal Palace untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir ternoktah selepas menewaskan Aston Villa 3-0 pada aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Sebelum perlawanan, Palace berdepan isu berkaitan masalah prestasi tidak konsisten, namun segalanya berbeza pada aksi kali ini yang menyaksikan Ismaila Sarr meledak dua gol diikuti satu lagi daripada Eberechi Eze.

Pengurus The Eagles, Oliver Glasner berkata, beliau mengakui ia adalah sesuatu yang cukup memenatkan untuk menyingkirkan Villa.

Glasner berharap barisan pemainnya tidak mensia-siakan peluang untuk merangkul trofi Piala FA buat kali pertama dalam sejarah kelab selepas gagal dalam dua percubaan di pentas final ketika 1990 dan 2016.

“Sememangnya kredit perlu diberikan kepada semua pemain atas kerja keras yang mereka lakukan. Mereka juga terpaksa mengatasi beberapa situasi sukar pada perlawanan kali ini.

“Kemudian kami berjaya mengawal permainan dengan baik dan ia jelas menyerlahkan prestasi yang cukup luar biasa dimana pemain kekal dengan perancangan pasukan dan terus semangat mereka tidak pernah luntur.

SARR (kanan) meledak dua gol buat Palace menewaskan Villa 3-0 di Stadium Wembley awal pagi semalam. – AFP

“Saya tidak tahu bagaimana perasaannya ketika ini, namun saya agak keletihan. Pemain akan memiliki empat hari rehat dan mereka sepatutnya menikmati kejayaan pasukan layak ke final,” katanya.

Kejayaan mara ke final Piala FA juga membuktikan Palace tidak pernah berasa gerun dengan status dan reputasi mana-mana pasukan yang mengambil bahagian.

“Hari yang cukup istimewa, saya bersyukur kerana dapat peluang bermain dan layak ke perlawanan akhir. Kami mahu teruskan kemaraan dan percayakami sebenarnya mampu melakukannya.

“100 peratus kami yakin untuk menang Piala FA dan kami perlu tunjukkan prestasi seperti ini setiap masa. Kami tidak bimbang atau takut untuk berdepan sesiapa  dan saya percaya kami akan terus bekerja untuk meraih kejayaan,” kata tonggak utamanya, Eberechi Eze.

Villa yang masih segar dengan prestasi baik di saingan Liga Juara-Juara Eropah terpaksa akur dengan kualiti Palace dan kegagalan itu menafikan hasrat mereka mara ke final buat kali pertama sejak 2015 dalam misi merangkul kejuaraan sulung buat mereka di peringkat tertinggi.

“Ismaila Sarr pemain yang hebat. Saya mungkin memperoleh anugerah pemain terbaik tetapi saya akan berikan kepadanya kerana dia sudah banyak membantu pasukan musim ini,” tambah Eze. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |