PETALING JAYA – Seorang pemandu kenderaan berkongsi detik cemas apabila sebuah treler dari arah bertentangan dipandu secara berbahaya dengan memotong garisan berkembar dipercayai di Selangor.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Telefunken43000, sebuah treler dilihat memotong kenderaan jenis sama di hadapannya ketika berada di atas jejambat, namun gagal.
“Mulanya nak rakam pemandangan sahaja. Menakutkan, nasib baik kami berhenti tepi,” tulis pemilik akaun itu di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa marah terhadap tindakan
tidak bertanggungjawab pemandu treler berkenaan.
“Kalau pemilik video ini tidak ke tepi, tengah laju dan tak perasan apalah nasib dia,” kata @Ayunicha.
“Masing-masing tak nak mengalah. Kalau dah kemalangan nanti, menyusahkan orang lain,” kata @Danieel.
“Pemandu lori ini membahayakan nyawa orang lain. Perlu buat aduan,” komen @Passadaequine. – KOSMO! ONLINE
@telefunken43000 Mulanya nak rakam view je.. menakutkan, nasib baik kami stop tepi😓 #pelabuhanklang #pelabuhanklangmalaysia #klang #westport #northport ♬ original sound – Telefunken43000