Mangsa yang terlibat dalam kejadian pokok tumbang dalam kejadian di jalan menghala ke sebuah kolej, petang tadi. Foto IHSAN PDRM
- Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
- 11 Februari 2026, 10:00 pm
NILAI – Dua lelaki nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat di jalan menghala ke sebuah kolej swasta, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, dalam kejadian pada pukul 4.59 petang itu, kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dalam tempoh kira-kira 20 minit sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, pemandu Grab berusia 39 tahun dipercayai mengalami trauma dan tidak dapat mengingati kejadian.
“Mangsa juga tidak dapat menggerakkan kedua-dua belah kaki dan disyaki mengalami kecederaan atau patah.
“Penumpangnya berusia 41 tahun yang bekerja sebagai jurutera Malaysia Airlines pula mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala, kecederaan dalaman di abdomen serta disyaki patah kedua-dua tangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
4

















































