Mahkamah tangguh kes lelaki Rohingya bunuh kekasih

3 hours ago 3
Abdul Kader diiringi polis ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini. Foto DANIAL SAAD/ KOSMO!
  • Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
  • 3 September 2025, 2:07 pm

SEBERANG PERAI – Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini menangguh prosiding pendakwaan kes seorang lelaki etnik Rohingya yang berdepan pertuduhan membunuh teman wanitanya, Ogos lalu.

Penangguhan itu dibuat Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit bagi membolehkan jurubahasa Vietnam dilantik sebelum pertuduhan terhadap Abdul Kader Abdu Rahman, 52, dibacakan pada tarikh baharu yang ditetapkan iaitu 1 Oktober depan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap warga Myanmar, Ah Me pada Ogos lalu.

Abdul Kader berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shakila Dahari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |