Konflik, tuntut duit pertunangan punca kerat tujuh

4 hours ago 3
Suspek ditahan ketika berada di unit kecemadan HQE II, Kota Kinabalu. -Foto: Ihsan Polis-
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 13 Februari 2026, 11:32 am

KOTA KINABALU – Suspek utama kes pembunuhan wanita yang mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi sekitar Indah Permai mengaku terbabit dalam kejadian itu dengan motif dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi serta tuntutan wang pertunangan.

‎Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata pengakuan itu diperoleh hasil soal siasat awal selepas suspek lelaki tempatan berusia 71 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

‎“Suspek mendakwa pembunuhan itu berkait konflik hubungan peribadi antara dia dan mangsa termasuk isu tuntutan wang pertunangan selepas pertunangan mereka dipercayai putus kerana mangsa telah berkahwin dengan individu lain.

‎“Keadaan itu dipercayai mencetuskan pertengkaran antara suspek dan mangsa sehingga membawa kepada kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

‎Beliau berkata hasil soal siasat awal mendapati suspek utama mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan nenyatakan motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi dar tuntutan wang pertunangan.

‎“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |