Belum lagi dilancar, telefon HONOR jadi ‘wira’ sambutan Hari Kebangsaan 2025

9 hours ago 4

PETALING JAYA – Jika sebelum ini anggota bomba sasa menjadi tumpuan sempena perarakan Hari Kebangsaan, tahun ini sorotan tidak dijangka tercetus apabila sebuah telefon pintar HONOR yang belum dilancarkan muncul buat pertama kali di khalayak umum.

Kemunculan itu dikaitkan dengan kerjasama pelancaran filem Legasi: Bomba The Movie, apabila pelakon utama Ben Amir tampil di atas pelantar khas sambil memegang telefon HONOR berwarna merah terang.

Aksi itu sekali gus mencuri perhatian ribuan penonton di Dataran Putrajaya serta mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

HONOR dalam kenyataan berkata, rakaman detik Ben Amir mempamerkan telefon berkenaan menjadi tular, malah ramai pengguna menggelarnya sebagai ‘Telefon Nasional Malaysia’ kerana tampil seiring dengan semangat patriotik sambutan Hari Kebangsaan.

Kemunculan siri terbaharu telefon pintar HONOR dikaitkan dengan kerjasama pelancaran filem Legasi: Bomba The Movie.

Katanya, dalam satu sesi temu bual bersama media, Ben Amir mengakui teruja dapat menyertai perarakan sebagai anggota bomba simbolik.

“Saya rasa bertuah dapat bersama pada Hari Kebangsaan sebagai anggota bomba.

“Telefon (HONOR) ini nampak kukuh dan boleh dipercayai, sama seperti cabaran yang kami hadapi setiap hari. Warna merahnya terus mengingatkan saya kepada ‘Wira Merah’, ia bagaikan penghormatan kepada semua barisan hadapan negara,” kata Ben Amir.

Dalam kenyataan sama, HONOR menjelaskan warna merah yang dipilih seiring dengan imej heroik ahli bomba yang sentiasa berkorban demi keselamatan orang lain.

Ben Amir memegang telefon pintar terbaharu HONOR bersampul merah sebagai simbolik menghargai jasa ‘Wira Merah’ negara semasa perarakan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya.

Keutuhan dan reka bentuk kukuh telefon tersebut pula dilihat menepati semangat keberanian serta nilai pengorbanan yang sinonim dengan profesion mereka.

“Malah, nama jenama HONOR sendiri membawa makna yang selari keberanian, integriti dan semangat patriotisme.

“Kemunculan telefon itu hanyalah ‘teaser’ awal sebelum pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat. HONOR komited menghasilkan peranti tahan lasak, inovatif dan sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |