Artis Malaysia sumbang makanan bantu ‘rider’ Indonesia!

5 hours ago 4

PETALING JAYA – Prihatin dengan kemelut negara jiran ketika ini, pelakon dan usahawan Puteri Sarah Liyana menjadi penyumbang yang menghulurkan bantuan dengan membeli makanan secara online sebelum disedekahkan kepada pemandu penghantaran e-hailing di Jakarta, Indonesia.

Puteri Sarah atau nama penuhnya berkata Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata, dia sudah melakukan tugasnya sekaligus sebagai tanda solidariti terhadap para pemandu dan penghantar makanan yang terjejas dari segi pendapatan harian mereka akibat kemelut politik di Indonesia.

“Alhamdulillah sudah melakukan bahagian saya.

“Lekas sembuh Indonesia,” katanya dalam Threads.

Menerusi perkongsian sama, Puteri Sarah turut berkongsi tangkap layar dia membeli makanan dari sebuah restoran di Jakarta dan memberitahu makanan tersebut merupakan sedekah kepada pemandu e-hailing yang menerima pesanan tersebut.

Tidak keseorangan, pelakon Catriona Ross turut melakukan hal sama dan berharap bantuan kecilnya itu dapat meringanjan beban mereka yang memerlukan.

Catriona atau Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross sempat menasihatkan individu yang kurang menyokong tindakannya itu supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selain terus berdoa agar bumi Indonesia akan kembali pulih.

TANGKAP menunjukkan sokongan Puteri Sarah dan Catriona bagi membantu meringankan kesukaran yang sedang dihadapi para ‘rider’ di Indonesia.

“Sertai juga dengan membantu sebuah keluarga di Makassar dengan memesan makanan dalam platform e-hailing.

“Mereka yang enggan membantu, tolong senyap. Sementara yang ingin meringankan beban, silakan.

“Buat Indonesia, semoga esok akan lebih bercahaya,” ujarnya.

Sejak semalam, rakyat Malaysia rancak membuat pesanan dalam aplikasi penghantaran makanan di Indonesia sebelum disedekahkan kepada rakyatnya termasuk kepada pemandu penghantaran itu sendiri.

Inisiatif tersebut bagi membantu meringankan beban penghantar makanan susulan pendapatan mereka terjejas akibat demonstrasi yang berlaku di Indonesia ketika ini.

Sikap dermawan tersebut bukan sahaja ditunjukkan rakyat Malaysia tetapi juga negara Asia lain termasuk Singapura, Thailand, Vietnam dan Filipina. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |