[VIDEO] Pagi dapat pingat, masuk kerja jadi jurubahasa berita diri sendiri

1 day ago 15

PETALING JAYA – Jurubahasa isyarat Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang tular sewaktu pandemik Covid-19 apabila ramai tertarik dengan gayanya menterjemah berita, telah dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pagi tadi.

Pingat diterima oleh Tan Lee Bee di Istana Negara pada pagi tadi, namun menariknya apabila berita berkenaan dirinya disiarkan dalam RTM yang mana dia sebagai jurubahasa isyarat laporan berkenaan.

Siaran berita itu sempat dirakam oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai AzharAndiTahir yang turut mengucapkan tahniah kepada Lee Bee.

“Bila kau sendiri ‘menjuru bahasakan’ berita diri sendiri. Tahniah,” katanya.

Pada video ketika ditemu bual oleh wartawan RTM, Lee Bee berkongsi perasaannya selepas memerima pingat tersebut.

“Tempuh banyak liku-liku dan hari ni saya dapat anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong. Ini satu penghormatan kepada jurubahasa yang ada di Malaysia. Saya cuma berharap pada masa akan datang, lebih ramai jurubahasa akan masuk dalam bidang ini,” katanya.

Lee Bee menjadi jurubahasa isyarat ketika bekerja sebagai guru pendidikan khas selama 17 tahun, sebelum berkhidmat dengan Mahkamah Persekutuan dan siaran televisyen RTM.

Sementara itu di ruangan komen media sosial RTM dihujani ucapan tahniah daripada orang ramai kepada Lee Bee.

“Tahniah Kak Lee Bee,” komen Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

“Jurubahasa isyarat paling terkenal di televisyen,” komen Sofian Rosli Pian.

“Ekspresi dia ni kalau ada berita yang mengerikan, dahsyat dengan riak muka sekali ditunjukkan. Syabas puan,” kata Siti Suhaida Ab Aziz. – KOSMO! ONLINE

@azharanditahirTAHNIAH!

♬ original sound – AzharAndiTahir

Read Entire Article
Pertanian | | | |