[VIDEO] ‘Mungkin bukan rezeki kami, harap esok ada sinar’

13 hours ago 4

PETALING JAYA – Sebuah khemah kanopi musnah dalam kebakaran selepas air takungan hujan dipercayai masuk ke dalam kuali berisi minyak panas, menyebabkan api marak dan memusnahkan premis berkenaan.

Kejadian itu tular menerusi satu hantaran video di TikTok milik @Adictochurrosmelaka, yang memaparkan seorang pemuda sedang melakukan siaran langsung sebelum api besar tiba-tiba menyambar kanopi hingga hancur.

Klip tersebut turut menunjukkan beberapa pekerja panik mengelak daripada terkena api, sebelum bertindak membersihkan kawasan perniagaan selepas kebakaran dan hujan reda.

“Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Mungkin bukan rezeki kami hari ini. Harap esok ada sinar untuk kami. Salah silap dan kekurangan kami mohon maaf, ini qada dan qadar Allah, kami terima dengan reda,” tulis pemilik akaun tersebut.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar peniaga tersebut tabah menghadapi ujian.

“Insya-Allah ada hikmah di sebalik yang berlaku. Sabar ye adik-adik, rezeki luar biasa Allah akan beri nanti,” komen @Sisliayaya.

“Respect (Hormat), siap bersihkan tempat tu dari kesan minyak. Moga murah rezeki selalu. Allah tak uji orang yang tak kuat,” kata @Iamazri. -KOSMO! ONLINE

@adictochurrosmelaka Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa,mungkin bukan rezeki kami hari ini..harap esok adalah sinar untuk kami🥹 Salah silap dan kekurangan kami minta di maafkan mungkin ini adalah qada dan qadar Allah kami terima dengan Redha #adictochurros #churrosmelakaviral #fyp #bazarsemabokperdana ♬ Asjal Ruwhi – Randtone
Read Entire Article
Pertanian | | | |