PETALING JAYA – Seorang wakil qari Malaysia atau dikenali sebagai Aiman Ridhwan Mohammad Ramlan, 27, tular di media sosial apabila berjaya mengejutkan juri antrabangsa disebabkan alunan suaranya yang merdu dan lunak.
Alunan selawatnya melalui rancangan televisyen yang dikenali sebagai ‘Mahfel’ itu telah berlangsung di Iran pada Mac lalu, sekali gus turut memukau para penonton.
Juri rancangan televisyen adalah seorang bekas qari terkenal Iran, Hamed Shakernajed yang pernah menjadi juara pertandingan qira’at peringkat dunia pada tahun 1996.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan mereka terpegun dengan suara Aiman Ridhwan.
“Bangsa Melayu memang unik. Berilah apa sahaja bahasa. Semua lidah mereka akan bertukar menjadi seperti bangsa pemilik bahasa. Allahuakhbar,” komen @Papazola.
“Tahniah Ustaz Aiman Ridhwan. Ridhwan di sini cemburu dengan keindahan suara ustaz,” balas @RidhBraderTakaful.
“Alhamdulillah, tahniah Ustaz Aiman Ridhwan, anugerah yang terindah Allah berikan,” komen @Mamanormah. – KOSMO! ONLINE
@zayan.my MasyaAllah! Meremang bulu roma bila dengar alunan suara Ustaz Aiman Ridhwan 🤲🏻✨ Apa tips nak dapatkan suara begini ya? #ZAYANShare ♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (I Like You The Most) (Speed Up) – PONCHET