[VIDEO] Jemaah haji Malaysia selamat jalani pembedahan jantung

1 day ago 13

MEKAH – Seorang wanita warga emas yang juga jemaah haji Malaysia berjaya diselamatkan oleh pasukan perubatan Arab Saudi selepas mengalami serangan jantung.

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, terdahulu, Zurina Mat Hussin, 60, yang merupakan jemaah haji dari Terengganu telah dipindahkan ke King Abdullah Medical City, di sini dan menjalani prosedur kateterisasi jantung.

“Sebaik sahaja prosedur tersebut berjaya dijalankan, pesakit tersebut telah diletakkan di bawah program pemantauan kesihatan jarak jauh Kerajaan Arab Saudi melalui Seha Virtual Hospital.

Zurina merupakan jemaah haji dari Terengganu telah dipindahkan ke King Abdullah Medical City dan menjalani prosedur kateterisasi jantung.

“Keadaan beliau kini dipantau secara berterusan menggunakan peranti pintar pemantau jantung. Dengan rawatan segera yang diterima, pesakit kini dapat meneruskan manasik haji dengan selamat, sementara kesihatannya terus dipantau dari jauh oleh pasukan perubatan maya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes ini mencerminkan keupayaan perubatan canggih Arab Saudi dan komitmen berterusannya dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan semua jemaah haji. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |